Edpuzzle : menyokong Blended Learning


 Mungkin namanya tidak asing lagi bagi pengamal teknologi semasa PdP. Keupayaan Edpuzzle menyediakan satu platform interaktif dengan mengaplikasikan kaedah belajar sendiri kepada murid. Dengan Edpuzzle, para guru seperti sedang menggabungkan kaedah video bersama dengan kuiz. Satu fakta menarik adalah Edpuzzle membuatkan murid melekat pada video itu sendiri kerana setiap bahagian ada maklumat yg perlu merek kuasai untuk memenuhi tugasan video tersebut

Bagi guru yang ingin mendalami tentang Edpuzzle, boleh cuba ke link sebagai guru : https://edpuzzle.com/signup/teacher?rc=8y643d

Melihatkan keunikan Edpuzzle, berbekalkan sedikit pengalaman semasa bereksplorasi dengan DELIMa, saya mencabar diri mengikuti modul yang tersedia dalam web rasmi Edpuzzle sebagai Edpuzzle Coach. Alhamdulillah, ujian telah selesai diduduki dan sijil telah selamat diperoleh. 

Moga dengan tauliah ini, saya mampu mengoptimumkan PdP saya serta memberikan kebaikan kepada semua warga pendidik. 

Previous Post Next Post